Want your
own Fotopage?























 
CANTIK DI MATA, SEDAP DIRASA.....EFFA - 0193074603

By: mama nabilla

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Father's Day from MEC Ladies


Carrot cake ni ordered by Ida dari Perhutanan untuk meraikan bapa-bapa MEC di salah sebuah restoran di Bangi.

pa..sedap tul kek2 ko tu..31hb Julai ni besdei dania..ingat nak mintak ko wat kek...yg ada gambar barbie...tp nanti aku rekonfirmkan eh Mon 23-Jun-2008 08:14
Posted by:adik liza_bob@yahoo.com
ok dik..nak bagitau tarikh..senang nak set... Tue 24-Jun-2008 03:54
Posted by:Effa  - [Link]
Add comment


Thursday, 19-Jun-2008 00:13 Email | Share | | Bookmark
Demam EURO ke??


This cake ordered by my true friend for her special man. Main bola kat taman bunga ke? Mungkin kena dengan hati orang yang order kek ni gamaknya. Aku sesuaikan dengan firasatku mengatakan hatinya pun sedang "berbunga-bunga" riang sekarang. Doaku agar dia bahagia hingga ke akhir hayat.

Turki masuk semi final! yeahhhh... Sat 21-Jun-2008 14:41
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
Turki masuk semi final! yeahhhh... Sat 21-Jun-2008 14:45
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
Ok...dah tengok..sedap makanannya...terliur..
saya tak minat bola..wlpun hubby bekas pemain bola..hihi...
Mon 23-Jun-2008 00:30
Posted by:Effa
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 07:20 Email | Share | | Bookmark
Gambar kek minggu ini..


Cupcakes ordered by Mimie for her future husband. Selamat Pengantin Baru...


Happy 10th Birthday Norsoleha ordered by my regular customer, Kak Rohani, from Parlimen. Last year pun ada order untuk anak dara dia nih.


Cupcakes ordered by my sister's colleague - PPUM


Assalamualaikum Effa. Cuba tengok blog katering di sebelah kanan; gambar Datin & En. Badrul. Wed 18-Jun-2008 11:32
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
hihi..thanks... Thu 19-Jun-2008 00:32
Posted by:Effa  - [Link]
sory soleha dah adik bby k utk 11 th xdaaaaaaaa heeee.lg pun effa tengah sarat huuuh.lain tahun leh oder lg n akan bertambah utk bby pula haaaaaaaaa. Tue 21-Jul-2009 14:52
Posted by:kak ani ani65081@yahoo.com
Add comment


Thursday, 12-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy 5th Birthday Kimmy


Choc moist cake dan fancy cookies ditempah oleh rakan sepengajianku Azila Khalid. Cookies tu kuadun dengan ground almond untuk rasa yang lebih enak. Untuk anakanda tersayang Kimmy yang menyambut ulangtahun ke 5. Makin besar semakin handsome anak teruna tu. Moga cepat besar dan jadi anak yang soleh ye. Happy bezday Kimmy!

Saya ada cerita sikit fasal blog kek dalam entri terkini di blog katering saya. Termasuk blog kek Effa. Sudikanlah lawat ya.. Sun 15-Jun-2008 00:28
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
En. Hizam, thanks..dunia bisnes ni tiada sempadan meskipun tak pernah bersua muka..moga Allah murahkan rezeki En. Hizam sekeluarga. Sun 15-Jun-2008 03:55
Posted by:Effa mama_nabila2001@yahoo.com  - [Link]
Salam ziarah

http://www.qistina-collections.blogspot.com/
Mon 16-Jun-2008 14:53
Posted by:Qistina qistina.collections@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 02:20 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih Lusiana Catering..



Terima kasih buat Lusiana Catering yang telah menempah kek-kek tersebut untuk satu majlis di Putrajaya. Semangat niaga En. Hizam dan Puan Lusiana banyak membakar semangatku. Mereka boleh dijadikan icon dalam bidang catering ini. Walaupun berlaku sedikit kekeliruan kek-kek tersebut sampai dengan selamatnya. Mohon maaf atas segala kesulitan. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menjayakan pelbagai majlis bolehlah menempah makanan daripada Lusiana Catering ni. Layari http://themakan.blogspot.com untuk mengenali mereka. Insya-Allah mereka akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyajikan pelbagai jenis makanan yang sememangnya lazat-lazat belaka.

Hmm nak citer gak. Bersengkang mata sepanjang malam menumpukan perhatian terhadap tempahan tersebut sambil-sambil ‘menjelom’ kepala si kakak yang sedang demam. Kedua-dua kek tersebut adalah 6 kg buttercake yang masing-masing perasa strawberry dan coklat dibahagikan 3 kg setiap satu. Struktur buttercake yang padat menjadikan saiznya sedikit kecil jika dibandingkan dengan sponge cake yang jika dipukul akan naik dua kali ganda dari kek tersebut. Bila terjebak dalam bisnes ni aku mula sedar baking adalah salah satu cabang seni juga. Teknik mendeco itu penting jika mahukan kek nampak cantik dan menyelerakan. Kuakui, aku masih baru dan banyak yang perlu dipelajari. Sedikit sebanyak teguran dan komen diperlukan bagi memantapkan lagi hasilnya. Bila ada mulut-mulut nakal yang membandingkan size buttercake itu aku sedikit geram. Tapi apa boleh ku buat untuk menutup mulut ‘orang gomen’ yang kadangkala membosankan. Tergelak dengan kata-kata hubby bila mereka mengomel begitu. “Apa mereka expect kek sebesar bonet kereta ke?”. Itulah ranjau yang perlu ditempuhi dalam berniaga ni. Kata-kata “Customer is always right?” boleh pakai lagi ker??

Alhamdulillah..sabar jelah kan..hihi Fri 13-Jun-2008 10:15
Posted by:Effa mama_nabila2001@yahoo.com  - [Link]
Ini cake favoritku..basket dan roses flower..cantik..sangat cantik!! semuga effa semakin berjaya yaaa... Wed 18-Jun-2008 23:48
Posted by:Loveliana  - [Link]
Alamak..cikgu datang melawat bawak rotan ....hihi Fri 20-Jun-2008 08:08
Posted by:Effa
View all 4 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 03:31 Email | Share | | Bookmark
Harga baru effective 15 Jun 2008

Memandangkan kenaikan harga bahan-bahan kek dan kos pengangkutan ingin saya khabarkan di sini bahawa saya 'TERPAKSA' menaikkan sedikit harga bagi menampung kos-kos tersebut. Kenaikan ketara harga tepung, butter dan beberapa bahan lain serta kenaikan harga petrol amat memeritkan. Rakan-rakan kek cyber yang lain telah lama menaikkan harga kek mereka. Jika boleh saya tidak mahu membebankan pelanggan-pelanggan saya tetapi saya terpaksa berbuat demikian supaya saya tidak menanggung kerugian disebabkan kenaikan harga tersebut. Kenaikan harga effective pada 15 Jun 2008. Sila layari http://sedapnyakek.blogspot.com untuk mengetahui harga baru kami. Senarai harga akan diupdate dari semasa ke semasa.

Dah naik harga? Saya masih maintain lagi.. Sun 8-Jun-2008 04:28
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
tak larat..kengkawan yang lain dah naikkan harga sekian lama...sikit jer pun...tak luak duit dalam purse kan..hihi.. Mon 9-Jun-2008 00:03
Posted by:Effa
Add comment


Saturday, 7-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bezday Party Muhammad Anas Haikal



Bezday boy ni meraikan hari lahir ke tiga pada 26 Mei lalu di taskanya. Hari ni majlis diadakan di rumah mereka di Kajang pula. Besar-besaran nampaknya majlis untuk anakanda sorang ni ye. Tahniah untuk Ita dan Asri yang telah bekerja keras bagi memastikan majlis ini berjaya. Untuk Anas kubuatkan sebiji novelty cake dengan air terjun serta dinasour sebagai bahan mainan Anas serta sebjii choc moist cake dengan gambar ultraman. Gelihati dengan gelagat Anas tak sabar-sabar nak ambil dinasour. Bila majlis potong kek selesai terus mama dia kutip segala dinasour tu dan dia usung masuk dalam paper bag. Itulah telatah budak2...bukan main seronok kan..

Effa, jangan lupa kek kami; 3 kg each (6 kg semuanya). Ini utk KPDN & HEP pada Selasa 10 Jun. Sun 8-Jun-2008 04:31
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
Ok..dalam diari...thanks ingatkan..hihi.. Mon 9-Jun-2008 00:04
Posted by:Effa
Add comment


Friday, 6-Jun-2008 06:48 Email | Share | | Bookmark
Fondant hijau bertukar maroon..



Kek-kek ini ditempah oleh Puan Norma dari PERHILITAN. Untuk anak-anak saudaranya yang akan bertunang. Mulanya nak fondant sahaja dengan kaler tema apple green and white. Tapi petang semalam minta satu lagi kek. Nak fondant maroon and white pula. Aku pula tiada bunga kaler maroon. Kejar hubby beli di Damai Perdana. Hanya ada kaler merah jer. Layan jerlah..

Segan la siput2 ni bila sifu menjengah...thanks..kek-kek akak selalu jadi sumber inspirasi saya..hehehe.. Sat 7-Jun-2008 23:54
Posted by:Effa mama_nabila2001@yahoo.com  - [Link]
bagaimana saya ingin menghubungi pn Normah. Sbb saya ingin juga menempah utk ahli keluarga saya yg akan bertunang lepas bulan raya.bagaimana cara pengambilan nya.adakah dia hantar or kita yg pergi ambil.tq Tue 7-Jul-2009 06:50
Posted by:NORMALA MOHAMAD NASIR normala_nasir@hotmail.com
Sila telefon saya di 019-3074603 Wed 22-Jul-2009 15:52
Posted by:effa mama_nabila2001@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 1-Jun-2008 18:12 Email | Share | | Bookmark
Sekitar majlis perkahwinan Jan dan Ain




Sempat gak aku buat sebiji kek untuk sepupu hubby yang bernama Jan itu. Dua-dua cikgu sekolah. Jan tu dah terlebih usia tapi tetap menten kan..hihi. Tak banyak gambar aku ambik sebab kamera kehabisan bateri. Malam sebelum kenduri tu, MIL, aku dan kakak2 ipar gotong royong siapkan meja dan bilik pengantin. Hari kenduri pulak siapkan hidangan untuk meja pengantin. Konsep bidan terjun dan sekadar apa yang ada. Dorang tak der plan nak buat hidangan yang ala-ala pengantin. Walaupun tak masak semuanya tapi kami sediakan hiasan makanan tersebut seadanya bagi memeriahkan lagi majlis Jan. Kesian Jan..tak der orang nak siapkan. Maklumlah semua orang tua2 kat kampung tu kan. Dia jugak ke hulu ke hilir pasang papan tanda ke rumah pengantin. Selamat pengantin baru buat Jan dan Ain.

Pa.. kalau aku tanya kau jangan marah ek. Berapa umur pengantin lelaki tuh.. Ops. Fri 6-Jun-2008 00:05
Posted by:Adee
Tak sayang molot dek non..hihi...ntah la D aku pun kurang pasti yg pastinya lebih 30 and maybe 35..so, sesape dah hinggap kat 30 tu jgn harap la dapat kona balik kan..hihi.. Fri 6-Jun-2008 02:21
Posted by:Effa
Add comment


Friday, 30-May-2008 11:19 Email | Share | | Bookmark
Tempahan dari SGS Shah Alam






Kek-kek yang sempat dibuat sebelum berangkat ke Kedah. Order oleh company En. Anuar dari SGS Shah Alam bagi tujuan meraikan hari lahir staff-staffnya bagi bulan April dan Mei. Thanks untuk Cik Aimi yang telah mengambil kek-kek tersebut di PPUM, PJ. Gambar bawah sekali tu ehsan dari Cik Aimi. Kebetulan kena hantar cupcakes untuk kakak aku di PPUM untuk dihadiahkan kepada kerani di wadnya yang akan berkahwin. Gambar cupcakes lupa lak ambik..huhu. Sementara hubby hantar aku siap2 berkemas untuk meneruskan misi ke Kedah. Sebetulnya ada kenduri kahwin sepupu hubby di Jelai, Kedah. Kami bertolak jam 3.00 pagi dari rumah kakak ipar di Rawang. Ada tiga kereta semuanya. Aku yang dah penat nih tak boleh nak lelapkan mata kerana memang tabiat aku bila naik kereta tak lena nak tidur takut hubby pun mengantuk habis 'jalan' semuanya. Memang aku amat berjaga-jaga. Bila aku tengok mata hubby dah terkelipuk-kelipuk aku akan cepat2 cubit ker tepuk peha dia bagi dia terjaga balik. Alhamdulillah, sampai Alor Setar jam 10.00 pagi setelah berhenti di banyak destinasi untuk berehat.

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.