|
|
| Thursday, 29-May-2008 10:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Carrot Cake
|
|
Customer aku kali ni boss lama aku jugak, Puan Monarita. Ulangtahun perkahwinan ke 8 dan juga ulangtahun kelahiran anak sulungnya Amirul Haziq. Teringat kecik2 dulu mak dia bawak kat Parlimen. Macam mana la rupa anak teruna tu sekarang ye.
Kali nih mmg kurang puas hati dengan deco aku yang kelam kabut pagi nih. Apa taknya..sedar2 jam dah 5.40 pagi. Cream belum putar..alamak..abislah aku. Cuba buat secepat yang boleh sebelum tukang pick up aku datang ambik...jgn mara aaa kakk..hehehe. Alhamdulillah, on the dot siap ZZ pun sms. Debar jugak tunggu komen Puan Mona. Dia call pagi2 lagi..cakap kek selamat dikorbankan di pejabat.
Rupanya anak dia ikut ke pejabat..maklumlah cuti sekolah dan neneknya tak ada di rumah. Thanks for the order!
[quote]
Websutera - thanks for ur support.
Kak Ziana - thanks jugak sebab banyak bantu..really appreciate it!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-May-2008 12:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Besday boy Muhammad Anas Haikal
|
|
Susah benar nak fikirkan tema untuk budak lelaki. Bagi memenuhi naluri seorang lelaki aku bikin kek padang bola ni untuk anakanda Puan Norernita dari Jabatan PERHILITAN Wilayah. Hari lahir yang ke 3 pada hari ni 26 Mei 2008. Aku pulak, pagi-pagi bersemangat nak pergi kerja. Sampai di kereta tetiba keta tak leh start..aiyooh...macam mana nih. Panggil hubby tengok..hmmm...bateri kong la pulak. Melayang RM di pagi hari. Telefon boss bagitau mungkin tak dapat datang kerja hari ni due to the problem. Pastu bagitau Ita kek dia macam mana nak ambik. Ita dengan murah hati offer diri nak datang ambik kek dengan aku-aku sekali..hahaha. Thanks Ita...baik betul dia. Terus ambik aku dan kek tu skali hantar ke taska anaknya di MPKj. Sampai opis jam 8.45 pagi. Apa lagi mintak tolong boss sign punch card la...hehehe..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-May-2008 06:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fancy Cookies..
|
|
Cookies ni ditempah Puan Aida dari Kementerian Sumber Asli dan Olynn dari Jabatan Pelajaran Wilayah. 30 pcs untuk Puan Aida dan 80 pcs untuk Olynn. Jam 11.00 pagi hantar kepada Puan Aida di Putrajaya dan 12.30 hantar ke rumah Olynn di Taman Melati, KL. Aku dah fengsan dalam kereta. Bila sedar dah sampai ke Taman Melati. Olynn tempah untuk majlis kahwin kakaknya di Kuantan. Thanks ye Olynn sebab percayakan aku. Kawan lama di UiTM Jengka dulu. Sedang mengandung anak kedua. Hmm...berkat Intra katanya..hehee...nak kena cari gak la..hehehe..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-May-2008 06:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek merisik-risikk..
|
|
Yuslina tempah untuk risik-risik bakal kakak iparnya di Rawang. Yuslina ambil di tempat yang sama minggu lepas. Aku dah nak fengsan..tak tidur satu malam siapkan cookies dan kek skali. Tema kaler dia gold. Bila ku campur2kan kaler tu (berkat tunjuk ajar Kak Zati) aku tersilap campur pulak..letak kaler merah skali. Seronok la pulak main2 kaler kan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-May-2008 06:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cupcakes Selamat Hari Guru
|
|

Ditempah oleh Puan Zeti dari PERHILITAN untuk cikgu-cikgu di sekolah anaknya. Semua 36 pcs dan setiap satu nak ditulis Selamat Hari Guru 2008. Tapi bila ku belek2 tak cantik pulak..panjang sangat. So, aku decide untuk tulis Happy Teacher's Day untuk memaksimumkan ruang yang memang limited tu. Sorry ye Puan Zeti.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-May-2008 11:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Thank you Saidah
|
|
Kek ni tanda terima kasih aku kat sepupu aku sorang nih. Dia dah bagi aku sesuatu yang aku idamkan dari tepian laut sana. Hmm..goreng pun sodap..hihi.. Saidah kerja di Kementerian Sumber Asli sekarang. Lama kami tak berhubungan lepas dari sekolah dulu. Sekarang baru nak rapat balik. Maklumlah kami tinggal di negeri yang berbeza. Sejak arwah tok dan tokwan dah tak ada kami jarang berhari raya di Kedah. Sekarang yang tinggal di kampung hanya mak sedara dan bapak sedara serta tok-tok sedara yang masih ada.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-May-2008 10:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Owh..don't kiss me....
|
|
Tragedi terjadi pada Sabtu malam Ahad. Hari yang sama tu ke rumah MIL kat Setapak. Dua hari berkampung kat sana..tapi balik hari. Malam tu keluar ke Giant, Taman Permata nak beli telur untuk papa meniaga. Lepas seronok2 shopping tanpa anak - kalau dia ada tau jerlah bagaimana nak melayan karenahnya. Lebih kurang jam 10.30 kami keluar dari Giant. Melalui selekoh Wangsa Melawati melalui Wangsa Maju. Papa memperlahankan kereta sebab ada lubang yang dikorek JKR agaknya bertampal dan tidak rata..lubang mendap barangkali. Satu kenderaan di hadapan memperlahankan kenderaan mereka juga. Bila papa dah brek sebuah Proton Iswara datang dengan laju tanpa brek dari arah belakang dan terus mencium montot Gen2 ku itu. Howaaa.....inilah hasilnya. Dah takdir malam tu kami ke Balai Traffik Ampang untuk buat report. Kata mamat yang langgar tu dia tak familiar jalan tu. Agaknya time dia langgar tu fikiran dia ntah ke mana. Aku tengok papa orang paling cool malam tu padahal dia kaki gaduh gak. Katanya dah terjadi apa dia nak cakap lagi. Perut yang lapar terus jadi kenyang. Jam 1.00 pagi sampai umah MIL. Anak dah tido. Kami terus makan nasi lemak kecik City Garden yang dibeli abang ipar hubby. Jam 2 pagi balik ke Cheras. Kakak tinggal umah tok dia, maklumlah ramai kat sana. Mulalah terpikir macam mana susahnya nak pegi kerja bila kete akan masuk bengkel. Nasib baik bengkel tu kawan papa yang punya. Senanglah nak kautim bagai. Katanya tak perlu ketuk cuma ganti sekeping bumper dan bonet tu. Amin..selamat la. Lepas aku exam PTK hari Rabu ni kete akan masuk bengkel. Ntah berapa hari nak siap wallahualam. Moga cepatlah. Nanti susah aku nak ke sana ke mari. Dua tiga hari keje kena merempit la dengan papa. Bayangkan dah lebih 7 tahun aku tak naik motor dalam KL nih. Itulah bila diuji Allah..pasrah jelah.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-May-2008 02:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti mingguan kami..tosei satu!!!
|
|
 
 
Ha...ini gambar tosei yang best tu. Adee ko dah makan tosei Haniffa ker? Pastikan kau makan sebelum berangkat ke obersi. Kat sana tak jumpa lagi tau..hihi. Nabilla la yang paling gembira memulakan hari cuti dengan makan tosei di pagi-pagi hari. Peminat nombor satu tosei Restoran Haniffa...followed by papa n mama...haha. Aksi kakak makan tosei..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I'm sorry dear...
|
|
Yuslina tempah untuk yang tersayang. Maybe ada perselisihan faham la tu. Maklumlah orang tengah masyuk bercintun..hihi..Jumpa di Petronas MRR2 on the way ke rumah MIL. Banyak aktiviti kami hari ni. Ke Jusco, Alpha Angle dan sebagainya. Badan penat, tido sebelum berita habis lagi. Tengah malam dapat sms dari Yus. "Kak, thanks for the cutie n luvly cakes. Sedap sangat n of coz dia surprise giler, n tak terpk pun saya akan wat camtu. Pasnih saya jadi regular customer akak ler. Get read ya. Tq." Hehehe..macam-macam adik aku sorang nih.
Aku pulak bila dah jaga tido mata pun terang jer. Gi Uptown Danau Kota sampai jam 4.00 pagi. Balik umah MIL ambik anak...zasss balik ke Cheras. Adoii..tau jerlah berapa penat badan ni.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerita cupcakes...
|
|
Cupcakes untuk dibawa ke rumah MIL. Ramai berkumpul hari ni. MIL buat makan-makan anak beranak. Makan KFC jer..hihi..rindu nak makan masakan MIL tapi dia tak berapa sihat.
|
|
|
|