Want your
own Fotopage?























 
CANTIK DI MATA, SEDAP DIRASA.....EFFA - 0193074603

By: mama nabilla

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jun-2008 02:20 Email | Share | Bookmark
Terima kasih Lusiana Catering..



Terima kasih buat Lusiana Catering yang telah menempah kek-kek tersebut untuk satu majlis di Putrajaya. Semangat niaga En. Hizam dan Puan Lusiana banyak membakar semangatku. Mereka boleh dijadikan icon dalam bidang catering ini. Walaupun berlaku sedikit kekeliruan kek-kek tersebut sampai dengan selamatnya. Mohon maaf atas segala kesulitan. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menjayakan pelbagai majlis bolehlah menempah makanan daripada Lusiana Catering ni. Layari http://themakan.blogspot.com untuk mengenali mereka. Insya-Allah mereka akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyajikan pelbagai jenis makanan yang sememangnya lazat-lazat belaka.

Hmm nak citer gak. Bersengkang mata sepanjang malam menumpukan perhatian terhadap tempahan tersebut sambil-sambil ‘menjelom’ kepala si kakak yang sedang demam. Kedua-dua kek tersebut adalah 6 kg buttercake yang masing-masing perasa strawberry dan coklat dibahagikan 3 kg setiap satu. Struktur buttercake yang padat menjadikan saiznya sedikit kecil jika dibandingkan dengan sponge cake yang jika dipukul akan naik dua kali ganda dari kek tersebut. Bila terjebak dalam bisnes ni aku mula sedar baking adalah salah satu cabang seni juga. Teknik mendeco itu penting jika mahukan kek nampak cantik dan menyelerakan. Kuakui, aku masih baru dan banyak yang perlu dipelajari. Sedikit sebanyak teguran dan komen diperlukan bagi memantapkan lagi hasilnya. Bila ada mulut-mulut nakal yang membandingkan size buttercake itu aku sedikit geram. Tapi apa boleh ku buat untuk menutup mulut ‘orang gomen’ yang kadangkala membosankan. Tergelak dengan kata-kata hubby bila mereka mengomel begitu. “Apa mereka expect kek sebesar bonet kereta ke?”. Itulah ranjau yang perlu ditempuhi dalam berniaga ni. Kata-kata “Customer is always right?” boleh pakai lagi ker??

Biasalah Effa, org gomen. Komplen mmg banyak. Anyway, thanks for the cakes & your kind recommendation to our catering services. Jgn risau, kek tu habis gak, hihii.. Thu 12-Jun-2008 06:48
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
Alhamdulillah..sabar jelah kan..hihi Fri 13-Jun-2008 10:15
Posted by:Effa mama_nabila2001@yahoo.com  - [Link]
Ini cake favoritku..basket dan roses flower..cantik..sangat cantik!! semuga effa semakin berjaya yaaa... Wed 18-Jun-2008 23:48
Posted by:Loveliana  - [Link]
Alamak..cikgu datang melawat bawak rotan ....hihi Fri 20-Jun-2008 08:08
Posted by:Effa


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.